Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR : Gara-gara kesempitan wang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini sepasang kekasih bersekongkol bersama lima rakan mereka untuk menyamun seorang pekerja syarikat pengurup wang di Jalan Ipoh, di sini, sebelum mereka ditahan polis.

Dalam kejadian 3 petang 1 Jun lalu, seorang wanita yang juga pekerja syarikat pengurup wang yang beroperasi di ibu negara memberitahu teman lelakinya bahawa syarikatnya mengarahkan seorang pekerja lelaki menyerahkan wang tunai kepada beberapa premis pengurup wang di Bukit Bintang, di sini.

Menurut sumber polis, berdasarkan maklumat wanita itu, teman lelakinya mengajak seorang lagi rakan menaiki motosikal dan seterusnya menyamun pekerja terbabit yang turut menaiki motosikal.

“Motosikal mangsa ditendang dari belakang oleh dua suspek, akibat daripada serangan itu mangsa terjatuh dan suspek melarikan sebuah beg galas yang mengandungi RM89,000,” katanya.

Sumber memberitahu bertindak hasil laporan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan memberkas dua lelaki dan seorang wanita masing-masing di sebuah rumah dan restoran di ibu negara dipercayai terbabit dalam kejadian samun itu.

Sumber berkata, hasil soal siasat mendapati sebahagian wang tunai yang disamun dua suspek lelaki itu diserahkan kepada empat rakan mereka manakala sebahagian lagi disimpan dua suspek.

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment