Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 22, 2013

One Comment
parlimen


Penulis difahamkan ramai wartawan dari hampir semua organisasi media sedang bertumpu di perkarangan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pagi ini kerana mendapat berita kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 dilangsungkan.
Tidak boleh salahkan mereka kerana gembar-gembur pembubaran Parlimen pada 22 Februari (Jumaat) telah tersebar sejak kira-kira dua bulan yang lalu sehingga Bursa Malaysia pernah dilaporkan turut terjejas sebelum ini.
Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini sekaligus menarik perhatian ramai.
Maaflah…100 peratus dapat disahkan bahawa tidak ada sebarang pembubaran Parlimen hari ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan wartawan yang sedang berpeluh di kawasan perkarangan PMO, belum ada tarikh pembubaran ditetapkan setakat ini.
Lagipun, untuk lebih mudah faham, Najib berada di Sarawak untuk lawatan kerja rasmi jadi bagaimana hendak ada sebarang pembubaran Parlimen di sana.
Dan bagaimana beliau hendak mengadap Yang Dipertuan Agung untuk mendapat perkenaan baginda bagi pembubaran jika Najib mengikuti lawatan kerja rasmi di Sarawak.
Lagipun tidak berapa molek la kalau pembubaran di buat di luar ibu negara atau Putrajaya.
Penulis difahamkan bahawa pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa beberapa minggu lagi. Tarikah sebenar biarlah penulis sahaja yang ada gambarannya.
Pengumuman pembubaran kali ini juga berkemungkinan akan dibuat di hadapan rakyat dan situasi itu berbeza dari sebelum ini di mana pengumuman dibuat di hadapan wartawan melalui sidang media.
Jadi rumusannya…tak perlulah duduk kat tepi pagar menanti sebarang pengumuman ok.

1 comments:

  1. Najib kecut telur agaknya. Pegi sana sini, rakyat tak sokong. Paling malu kat Penang, PSY malas nak layan dia gaul yee sang. Malu punya pasal, bikin spin PSY ada ancaman bunuh.
    Lagi ramai orang nak bunuh Najib dan dia atas pentas. So security jamin hebat. Mana pulak nyawa PSY boleh terancam kalau dia naik gaul yee sang. Kencing rakyat je berita ni. Polis subahat sama.
    Kalau bubar pun parlimen, jamin tunggu lepas habis bagi BR1M. Dia agak rakyat macam budak-budak, bagi gula-gula untuk dapat sokongan. Rakyat di beri ciput supaya dia dapat terus berkuasa - boleh kikis juta-juta untuk diri sendiri dan kroni.
    Belanja untuk jelajah janji ditepati entah berapa billion - membangkrapkan negara dan mengayakan kroni.

    ReplyDelete