Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
Ratusan pelekat visa dilaporkan hilang dari Kedutaan Thai digunakan warga asing termasuk dari India dan negara Timur Tengah

BANGKOK - THAILAND - Sebanyak 300 pelekat visa dilaporkan hilang dari Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dan 259 lagi didakwa digunakan warga asing yang disenaraikan dalam pemerhatian.

Semalam, akhbar Khaosod mendedahkan kehilangan itu hanya disedari selepas imigresen menahan warga Nigeria, Naemeka Sunday Edwin, 35, yang didakwa menggunakan pelekat visa palsu.

Dalam insiden berasingan, pihak berkuasa di wilayah Mukdahan di sempadan Laos turut menahan seorang warga Cameroon yang memasuki negara tersebut melalui Savannakhet.

Menurut jurucakap imigresen, mereka mendapati setem visa asli pada pasportnya dikeluarkan oleh Kedutaan Thai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa dia tidak pernah ke Malaysia.

Menurit laporan Bangkok Post, siasatan awal mendapati, kebanyakan warga asing tersebut membeli visa daripada seorang wanita tempatan di Bangkok. 

0 comments:

Post a Comment