Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment

Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas enggan memberikan sebarang komen mengenai spekulasi pemainnya, Gareth Bale bakal diumumkan sebagai pemain baru Real Madrid, hari ini.

Bercakap selepas menyaksikan pasukannya membelasah Dinamo Tbilisi 5-0 pada aksi pertama play-off Liga Europa, awal pagi tadi, Villas-Boas berkata: “Mengenai Bale, saya tidak boleh memberikan sebarang komen.”

Pengarah Teknikal Tottenham, Franco Baldini sudah pun terbang ke Madrid awal minggu ini untuk urusan rundingan perpindahan termahal di dunia dengan nilai dikatakan melebihi 90 juta pound.

Bale, 24, tidak beraksi pada perlawanan berkenaan dengan Tottenham mengatakan dia mengalami kecederaan kaki.

Nama Bale dikatakan sudah pun berada dalam senarai untuk nama pemain yang ingin dicetak pada jersi Real dalam laman web rasmi kelab Sepanyol itu dengan nombor jersinya ialah No 11.

Namun paparan berkenaan sudah dipadamkan beberapa ketika kemudian.

0 comments:

Post a Comment