Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment

Manchester United dilaporkan sudah membuat pertanyaan rasmi kepada Chelsea mengenai kemungkinan untuk membawa Juan Mata ke Old Trafford, demikian didedahkan sumber rapat kedua-dua kelab berkenaan.

Namun tidak dapat dipastikan ia ada kaitan dengan isu perpindahan Wayne Rooney iaitu kedua-dua pemain berkenaan bakal menjadi pertukaran dalam perjanjian jual beli.

Chelsea sebelum ini memberitahu yang Mata tidak akan dijual pada musim panas ini dan dia turut difahamkan salah seorang daripada tiga pemain kegemaran pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Bagaimanapun Chelsea kini dilaporkan berminat mendapatkan pemain Anzhi Makhachkala, Willian.

Selain Mata, turut disebut-sebut untuk dijadikan pertukaran dalam usaha Chelsea mendapatkan Rooney ialah Romelu Lukaku.

United sememangnya sedang mencari pemain baru termasuk Luka Modric yang bagaimanapun diberitahu jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti bahawa pemain itu masuk diperlukan kelab Sepanyol itu.

0 comments:

Post a Comment