Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Bekas pemain Sepak Takraw kebangsaan Mohd Fauzi Ghadzali, 33, meninggal dunia pagi ini akibat kanser kelenjar.

Allahyarham menghembuskan nafas terahirnya di Hospital Besar Pulau Pinang pada pukul 5.45 pagi.

Anak muda kelahiran Penang itu dikesan menghidapi barah berkenaan kira-kira lima bulan lalu dan dimasukkan ke hospital sejak tiga bulan lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri Solehah Omar, 30 tahun dan lima orang anak berumur lapan tahun, tujuh tahun, tiga tahun, dua tahun dan tujuh bulan.

Allahyarham Mohd Fauzi pernah sekali digantung oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia kerana enggan memakai seluar pendek ketika kejohanan kerana tidak mahu membuka aurat dan beliau tetap tegas mahu memakai seluar panjang.

Beliau ada antara anggota kontinjen Sukan Asia 2002 yang memenangi satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Pada temasya Sukan Sea Vietnam 2003 pasukan sepak takraw negara bersama Mohd Fauzi menang dua pingat perak.

Memetik laporan Bernama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata negara kehilangan antara bekas pemain posisi tekong terbaik yang pernah mengharumkan nama negara.

“Saya mendapat berita pemergian beliau di Twitter pagi tadi. Saya telah meminta Majlis Sukan Negara melihat beberapa perkara yang perlu dibantu bagi meringankan beban keluarga Allahyarham,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu majlis di Bukit Kiara di ibu negara hari ini.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment