Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Baru-baru ini industri seni tempatan digemparkan dengan berita pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam rebah dan dikejarkan ke hospital. Dia telah disahkan menghidap penyakit batu karang dan selamat menjalani pembedahan laser di Hospital Tawakal pada Isnin lalu.

“Saya rebah pada jam 5.30 pagi ketika hendak mengambil air sembahyang dan anak saya telah membawa saya ke hospital bagi mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pada mulanya saya ingat saya menghidap sakit buah pinggang. Rupa-rupanya saya menghidap penyakit batu karang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran ESCAPE oleh Celcom di Hotel ShangriLa, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Datuk Yusof memberitahu yang pihak hospital menyarankan agar dia berehat di hospital selama tiga hari, namun dia meminta kebenaran untuk pulang lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan.

“Saya patut berada di hospital selama tiga hari, namun saya lebih selesa untuk berehat di rumah. Saya dimasukkan di hospital pada hari Isnin dan keluar sehari selepasnya setelah mendapat kebenaran pihak hospital,” ujar beliau.

Kejadian tersebut sedikit sebanyak membuka mata beliau tentang penjagaan kesihatan. Bakal berusia 60 tahun pada tahun depan, penerbit ini mula mengambil pendekatan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet hariannya.

“Saya lebih berhati-hati setelah rebah baru-baru ini dan memilih untuk menjaga pemakanan saya untuk kebaikan pada usia begini. Kalau dulu dalam sehari beberapa kali minum teh tarik kini saya mengurangan pengambilannya,” katanya.

Selain itu, Yusof turut melahirkan rasa terujanya dengan sambutan positif yang diterima di laman sosial terhadap trailer filem ‘KL Gangster 2′ arahan anaknya, Shamsul yang bakal berada di pawagam mulai Oktober ini.

Dia juga bakal menyerikan saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) melalui siri ‘Gerak Khas’ dengan barisan para pelakon baru dan turut mengekalkan beberapa pelakon lama. Siri tersebut bakal mengupas isu-isu jenayah yang hangat di kalangan masyarakat masa kini. – gua.com.my

0 comments:

Post a Comment