Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Filem kontroversi Tanda Putera arahan Datin Paduka Suhaimi Baba bakal menemui orang ramai di pawagam pada 29 Ogos ini dan saya antara orang yang tidak sabar-sabar untuk pergi ke panggung menontonnya.

Adakah anda rakyat Malaysia turut merasakan perasaan yang sama. Saya hanya ingin mengetahui apakah punca dan keadaan sebenar digambarkan oleh Suhaimi sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei 1969 itu.

Persoalan besarnya, berbaloikah kontroversi kebangsaan yang dicetuskan filem ini sehingga ditangguhkan tarikh tayangannya sehingga dua kali mengatasi kutipan filem patriotik bersejarah arahan Suhaimi sebelum ini 1957 Hati Malaya.

Biasanya, filem sebegini tidak mendapat kutipan tinggi kerana dikenali sebagai filem anugerah kerana ia dihasilkan bukan sebagai hiburan sebaliknya untuk mendapat pengiktirafan anugerah perfileman daripada keuntungan.

Sebagai contoh, filem 1957 Hati Malaya yang meruntun kesedihan mengisahkan detik seluruh rakyat Tanah Melayu pada ketika itu mahukan kemerdekaan hanya mengutip kira-kira RM300,000 berbanding modal yang dikeluarkan Suhaimi iaitu RM3 juta.

Jadi sebagai belia, bukan belia dan warga emas, kita sering tertanya-tanya apakah yang berlaku pada waktu itu ketika konflik 13 Mei yang kita hanya dengar dari mulut keluarga dan orang tua kita.

Jika dilihat pada kontroversi dan bantahan serta perbualan yang tercetus dari filem ini di seluruh negara, saya rasa bukan sukar untuk filem Tanda Putera mengatasi kutipan itu atau sekaligus memberikan kutipan Box-Office kepada Pengarahnya, Suhaimi

PAPAR KISAH TUN RAZAK

Filem kesembilan arahan Shuhaimi Baba ini mengisahkan persahabatan yang akrab antara Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak (Rushdi Ramli) serta timbalannya Tun Dr Ismail (Zizan Nin) yang terpaksa berahsia tentang masalah kesihatan yang dihadapi mereka bagi memulihkan konflik hitam yang berlaku pada tahun 1969 itu.

Tun Razak yang mengidap penyakit leukemia turut merahsiakan perkara tersebut daripada keluarga terutama isterinya Tun Rahah Noah (Faezah Elai).

Manakala Tun Dr Ismail turut melakukan perkara yang sama setelah beliau mengetahui tentang penyakit jantung yang dihidapi beliau.

Oleh sebab itu, mereka berdua telah berkongsi klinik dengan bantuan Dr Macpherson (Ali Steven Shorthose) di bilik bacaan Tun Razak sendiri sebagai klinik peribadi mereka.

Turut menampilkan babak sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) iaitu Zarah (Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (Kavita Sidhu), Allen (Allan Yun) dan Johan (Zoey Rahman), semangat setiakawan mereka jelas terbukti bukan hanya di universiti sahaja, malah ketika melalui saatsaat gentingnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Mereka terpaksa menyorok dalam kereta untuk keluar dari kampung, bersembunyi di dalam rumah dan kejar-mengejar dengan puak pemberontak demi menyelamatkan nyawa yang terancam.

TONTON FILEM TANDA PUTERA DI PAWAGAM

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia saya rasa kita punyai satu keperluan untuk hadir ke pawagam dan menonton sendiri filem Tanda Putera untuk sekurang-kurangnya kita faham apa yang berlaku pada waktu itu.

Kontroversi Tanda Putera pun dicetuskan oleh pihak pembangkang apabila mereka mendakwa tayangan filem ini bakal ‘memanaskan’ lagi sentimen perkauman di negara ini.

Ekoran bantahan itu filem itu yang seharusnya ditayangkan tahun lalu, tetapi ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan bantahan mengenai beberapa babak rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Media termasuk wartawan telah dijemput untuk Tayangan Perdana filem itu baru-baru ini di ibu negara.

ADEGAN DALAM TANDA PUTERA

Tanda Putera yang membelanjakan RM4.8 juta itu adalah kerjasama Persona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).

Antara paling lantang membantah filem ini ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang yang menyatakan filem itu sebagai propaganda Barisan Nasional (BN) yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Dialog kontroversi seperti, “Orang Melayu pergi balik kampung,“ dan adegan di mana pembunuhan dalam panggung wayang, tertera tulisan bahasa Cina “Melayu pergi mati” pada skrin sebelum mangsa ditetak.

Apapun kontroversinya, Suhaimi sudah selesai mengarap fakta dan sejarah sebelu menghasilkan filem ini untuk penghayatan dan tontonan masyarakat Malaysia.

Kita berharap rakyat Malaysia yang beriya-iya sama membantah turun dan tonton filem ini untuk mendapat gambaran sebenar. Bukan jadi berani bantah kemudian sembunyikan diri.

OLEH : KUMBANG WIRA

0 comments:

Post a Comment