Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pemain Sepak Takraw kebangsaan, Mohd. Fauzi Ghadzali, 33, yang meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 pagi ini.

Timbalan Ketua DPP Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, bekas pemain negara tersebut meninggal dunia selepas selepas berbulan-bulan menanggung derita akibat mengalami kanser liforma.

“Mohd. Fauzi pernah menghangatkan negara khususnya arena sukan apabila kemenangan pasukannya dalam Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Liga Siri Super Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) 2011 ditarik balik kerana Allahyarham memakai pakaian menutup aurat.

“Allahyarham yang mewakili pasukan Perak ketika itu memakai seluar panjang dalam pertandingan tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, akibat mempertahankan prinsip Islam, pengadil perlawanan membatalkan kemenangan pasukan Perak dan Mohd. Fauzi dikenakan kad merah serta dibuang daripada kejohanan.

Justeru, katanya, DPP Perak menyifatkan kehilangan Mohd. Fauzi satu kerugian buat arena sukan negara kerana keberanian beliau mempertahankan prinsip Islam dalam bersukan.

Malah, katanya, Mohd. Fauzi pernah dinobatkan sebagai Ikon Anak Muda dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak pada tahun lalu.

“Keberaniannya sebagai seorang pemain sukan muslim mempertahankan serta berkata benar dalam mengangkat martabat Islam harus dicontohi oleh atlet muda negara,” katanya. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment