Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
London: Chelsea bernasib baik ketika mencatat kemenangan kedua saingan Liga Perdana Inggeris apabila Branislav Ivanovic terlepas daripada dibuang padang sebelum menanduk masuk gol kemenangan 2-1 pasukannya ke atas Aston Villa, awal pagi semalam.

Beberapa minit selepas pemain antarabangsa Serbia itu terlepas daripada hukuman selepas didapati menyiku penyerang Villa, Christian Benteke, pemain pertahanan itu menanduk masuk sepakan percuma Frank Lampard sekali gus menutup persembahan hambar Chelsea pada perlawanan itu.



Bukan itu saja keputusan yang mencetuskan kemarahan Aston Villa, sebaliknya pada hujung perlawanan, John Terry dilihat menolak bola dengan lengannya namun pengadil Kevin Friend gagal melihat insiden itu.



Insiden itu memastikan Chelsea mencatatkan kemenangan kedua di tempat sendiri.
IVANOVIC (kanan) jaringkan gol kemenangan Chelsea.

Penjaga gol, Petr Cech menafikan dua cubaan berbahaya Andreas Weimann pada babak kedua.

0 comments:

Post a Comment