Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
Sepang: “Saya sempat melihat seorang lelaki Mesir meronta-ronta terkena gas pemedih mata sebelum seorang tentera menghampiri dan menembaknya tepat di kepala,” kata Azka Rafi’uddin Ramli, 20, antara kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang semalam.

Azka bersama lima pelajar yang tiba jam 6.36 petang semalam dengan pesawat Egypt Air disambut Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan di balai ketibaan antarabangsa bersama beberapa pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas detik ngeri itu, Azka berkata ketika itu dia dalam bas mini selepas menghantar rakan di pekan Zargazig, Kaherah, sebelum bertembung sekumpulan lelaki yang memegang poster Presiden Mesir Mohamed Mursi.

“Saya nampak lelaki berusia 30-an parah ditembak di kepala sebelum beberapa rakannya segera mengusung mangsa masuk ambulans.

KAMALANATHAN (dua dari kiri) menyambut kepulangan pelajar dari Mesir, semalam.

“Saya tidak menyangka melihat sendiri kejadian ngeri itu. Selepas itu, bas yang kami naiki terhalang dengan rusuhan besar-besaran. Kami hanya sampai ke kediaman di universiti beberapa jam kemudian,” kata pelajar tahun pertama Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar.

0 comments:

Post a Comment