Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment
Watak hitam yang dilakonkan dalam drama bersiri Dahlia semakin melonjakkan nama Raja Ilya Raja Mohamed, 28, di persada hiburan tanah air.

Lakonannya dalam drama itu juga menyaksikan Raja Ilya kembali menyemarakkan bidang lakonan selepas setahun menyepi. Membawa watak antagonis nyata mencabar kredibilitinya sebagai pelakon baru, apatah lagi dia bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussein, Hans Isaac dan Dira Abu Zahar.

“Secara peribadi, saya sangat bersyukur dengan kepercayaan diberikan produser dan pengarah drama di luar sana kepada orang baru seperti saya.

“Saya juga berpeluang bekerja sekali lagi dengan produksi milik Erma Fatima dan di bawah arahan Pali serta bergandingan dengan pelakon terkenal Erra Fazira dan Nazim Othman pula,” kata­nya yang turut dikenali watak hitam dalam drama bersiri Ke Mana Hilangnya Juwita yang bersiaran di Astro.

Raja Ilya Raja Mohamed

Pelakon yang turut dikenali dalam filem Appalam ini mengakui dia sendiri tidak menyangka namanya semakin meniti di bibir peminat tempatan ketika ini.


0 comments:

Post a Comment