Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Dalam mencipta sejarah negara sebagai penjelajah pertama Malaysia merentasi benua Greenland, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) telah memulakan proses pemilihan yang diadakan di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland 2014 (KE7BMG) dianjurkan bagi menyahut hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat lebih ramai golongan belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukanan.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles Mohd Yusof ketika ditemubual pemberita di perkarangan Stadium UiTM di sini hari ini.

Menurut beliau, ekspedisi tersebut dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila seramai 117 orang telah hadir pada sesi pemilihan.

“Sesi pemilihan kali ini amat penting terutamanya dalam memilih peserta yang betul-betul mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi.

“Ini kerana dalam ekspedisi sebenar, mereka akan melalui pelbagai rintangan seperti suhu yang mencecah -40 darjah selsius, ribut salji, laluan berliku-liku,” jelas Akmar.

Pada sesi pemilihan tersebut, para peserta dikehendaki melalui pelbagai ujian seperti 2.4KM bawah 10 minit untuk lelaki dan 12 minit untuk wanita, ujian pengetahuan rekreasi, ujian IQ dan ujian fizikal.

Pada masa yang sama, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin menjelaskan ujian yang dijalankan bukan sahaja akan berlangsung di Malaysia, malah di luar negara seperti di Norway dan New Zealand.

“Dari sesi pemilihan ini kita akan memilih 30 orang peserta untuk meneruskan cabaran dan sesi ujian seterusnya di dalam dan luar negara.

“Hanya 10 orang sahaja yang akan menjayakan misi sulung tersebut dan apabila mereka pulang mereka akan menjadi ikon serta memberi motivasi kepada mereka yang lain,” jelas Muqharabbin.

Misi KE7BMG akan merentasi benua Greenland dari arah timur ke barat sejauh 550KM dengan cabaran suhu sehingga negatif 45 darjah selsius.

Semua peserta yang terpilih bakal menjalani ujian fizikal dan mental di bawah bimbingan tiga jurulatih iaitu Muhammad Illaham Ishak, Zainudin Lot dan Siti Hanisah Sharuddin.

Mereka juga akan menjalani ruti latihan seperti mendaki, ‘basic skii’, ‘polar course and training’ serta ‘endurance’ selama 7 bulan di UiTM Shah Alam dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Dalam pada itu, salah seorang peserta yang hadir pada sesi pemilihan, Hajar Mohd Noor, 34, berkata, aktiviti lasak seperti mendaki adalah sebahagian hobinya.

“Semenjak sekolah dulu saya memang meminati aktiviti sebegini dan saya telah membuat pelbagai persiapan sebelum datang pemilihan hari ini.

“Saya sangat teruja dengan ekspedisi ini. Kalau ada rezeki, insyallah saya akan buat yang terbaik sekaligus mengharumkan nama negara,” jelas Hajar.

Baginya, ujian yang ditempuhinya pada sesi pemilihan tersebut adalah antara ujian peringkat awal yang paling sukar pernah dilaluinya.

Semoga hasrat Perdana Menteri untuk melihat golongan belia melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan akan tercapai sekaligus mengharumkan nama negara.

0 comments:

Post a Comment