Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – PAS bimbang seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan akan digunakan oleh pihak berkepentingan sebagai pengundi hantu di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kegusaran itu timbul kerana PAS beranggapan tidak banyak peluang pekerjaan terdapat di negara hingga begitu ramai tenaga kerja daripada Bangladesh terpaksa di bawa masuk ke Malaysia.

“Meskipun warga Bangladesh terbabit akan diberi kad pengenalan khas dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go), tetapi bagi PAS perkara itu bukanlah terpenting.

“Ia kerana sebelum ini terdapat pelbagai kes di mana kad pengenalan sementara dan berwarna merah juga dapat didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apakah jaminan kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak diberikan kad pengenalan biru dan dapat mendaftarkan diri sebagai pengundi,” soalnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim dalam pada itu mempersoalkan sama ada kerajaan telah memikirkan impak negatif yang boleh diakibatkan oleh kebanjiran warga asing yang datang bekerja di negara ini seperti masalah sosial dan jenayah.

Beliau turut membangkitkan mengenai kemungkinan warga Bangladesh terbabit akan terus diberi taraf kerakyatan sekiranya mereka berjaya mengahwini wanita tempatan serta situasi rakyat Malaysia perlu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dengan pekerja Bangladesh.

“Kerajaan perlu menangani masalah pengangguran dalam negara dan tidak mengambil jalan mudah dengan mengambil 1.4 juta warga Bangladesh,” dakwanya lagi.

Media pada 22 Ogos lalu melaporkan seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi RFID, biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai.

“Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja,” kata Ahmad Zahid.

0 comments:

Post a Comment