Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Anggota kontinjen Malbatt 5 dari Malaysia berpangkat Sarjan yang menyertai misi Unifill di Lubnan maut apabila kenderaan kembalik yang dinaiki hilang kawalan dan jatuh di kawasan lereng bukit kira-kira 15 meter, demikian menurut lapran awal Bernama.

Bagaimanapun, forum cari.com.my turut memaparkan kejadian itu yang dikatakan berlaku ketika pergerakan pertukaran Kump Force Protection (FP) Malcoy 9 Malaysia dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin telh mengalami insiden kemalangan apabila kenderaan Condor(KJA) yang ditarik Kembalik telah masuk gaung.




Ketika kejadian kenderaan kembalik tersebut hilang keseimbangan di kawasan Houla.

Menurut laporan itu, tiada anggota dalam kenderaan Condor, tetapi dalam kenderaan kembalik anggota worksyop (JLJ) iaitu Sarjan Rosdi bin Mohamad Zain (Ketua) meninggal dunia, Lans Koperal Mohamad Aizuwan (Pengiring) dan Lans Koperal Nur Syahied (Pemandu) telah cedera parah.

Laporan lanjut akan menyusul.

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment