Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

Pemuda Umno kesal kerana masih ada majikan tempatan yang enggan melaksanakan skim gaji minimum, berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Perkara ini disuarakan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam satu siaran akhbar hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia mendedahkan bahawa kementerian menolak permohonan ratusan majikan tempatan yang meminta supaya kerajaan menangguhkan syarat gaji minimum berkuat kuasa 1 Januari depan.

Permohonan paling tinggi adalah daripada syarikat yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) selain syarikat besar yang mendapat keuntungan jutaan ringgit setahun.

Memetik siaran akhbar berkenaan, Pemuda Umno sedia maklum mengenai isu tambahan kos pengurusan kepada IKS terbabit tetapi bagi mereka, ini merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana.

Penguatkuasaan gaji minimum yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, adalah hasil perjuangan Sekretariat Pekerja Muda dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Arahan gaji minimum RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sarawak dan Sabah dibuat Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah melaksanakan pelbagai kajian termasuk implikasi terhadap syarikat dan negara. Majlis itu diwakili enam persatuan majikan, enam wakil kesatuan sekerja dan enam wakil kementerian.

Skim itu diyakini mampu meningkatkan produktiviti negara dan membantu golongan berpendapatan rendah.

Jika ada majikan yang enggan melaksanakan atau merayu supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim itu, dikhuatiri Malaysia tidak akan mencapai status negara maju pada 2020.

0 comments:

Post a Comment