Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 27, 2013

No Comment

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang pemilik perniagaan berasaskan teknologi maklumat daripada

pertuduhan menipu seorang bekas penuntut institusi pengajian tinggi awam untuk mendapatkan sijil palsu dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Hakim G. Ramesh membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lim Chuan Soon, 27, yang diwakili peguam V.Parthipan.

Chuan Soon didakwa menipu Wan Noorhafiza Wan Hussin, 24, bahawa dia boleh memberi sijil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perakaunan (Kepujian) dari USM tanpa mengikuti pengajian sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM14,500 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Persiaran Perbadanan Seksyen 14 di sini antara 19 Jun dan 28 Jun 2012 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment