Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 16, 2013

16
Aug2013
No Comment

Para penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi berarak di Kaherah selepas beribu maut dalam keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk mengusir kumpulan tersebut di beberapa kem bantahan di sekitar bandar-bandar utama.

“Perhimpunan Anti Rampasan Kuasa…akan berarak dari semua masjid di Kaherah dan menuju ke Dataran Ramsis selepas solat Jumaat,” kata jurucakap pergerakan Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad dalam Twitternya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai membantah keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir untuk membersihkan dua kem utama penunjuk perasaan pro-Morsi.

Ia menjadi antara tragedi berdarah terburuk di Mesir.

Sementara itu, kira-kira lapan askar dan seorang anggota polis maut di Sinai.

Seorang lagi pegawai polis dilaporkan terkorban di bandar Assiut.

Menariknya, di sebalik dentuman bom dan peluru bersimpang siur itu, muncul seorang kanak-kanak perempuan – dengan tanpa rasa takut dan gentar – bangun memberikan pidato dan kata-kata semangat kepada ribuan penentang kezaliman rejim tentera negara itu.

HEBAT…SAKSIKAN!

0 comments:

Post a Comment