Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

BANGKOK – Sebanyak empat orang maut manakala 64 lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam.

Kematian tersebut berlaku ketika polis pencegah rusuhan dikerahkan untuk menyuraikan beberapa kem penunjuk perasaan.

Beberapa das tembakan kedengaran tengah hari semalam di sebuah tapak berhampiran pejabat perdana menteri apabila polis bertindak mengusir penunjuk perasaan dan merobohkan sebuah pentas mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan kecemasan Erawan memberitahu, seorang penduduk awam berusia 52 tahun terbunuh akibat kecederaan di kepala manakala seorang anggota polis meninggal dunia selepas cedera di dada.

Ia menyatakan, dua mangsa lain turut maut tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Khas, Tharit Pengdit dalam satu sidang akhbar menyatakan, penunjuk perasaan antikerajaan telah membaling beberapa butir bom tangan ke arah anggota-anggota polis.

Kekacauan terbaharu itu berlaku selepas polis cuba menahan dan menyuraikan penunjuk perasaan yang berkampung selama beberapa minggu bagi mendesak Yingluck meletak jawatan.

Sebelum ini, polis enggan menyuraikan mereka kerana bimbang keganasan akan tercetus.

Namun, kelmarin pusat kawalan keselamatan khas mengumumkan polis akan menguasai semula lima lokasi tunjuk perasaan di sini untuk kegunaan awam.

Beribu-ribu anggota polis termasuk skuad antirusuhan dikerahkan ke seluruh bandar raya ini semalam dalam operasi yang dinamakan ‘Keamanan untuk Bangkok’.

Semalam, seramai 144 penunjuk perasaan yang berhimpun dekat Kementerian Tenaga, dekat sini ditahan tanpa kekerasan. – Agensi

0 comments:

Post a Comment