PORT DICKSON – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Depot Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Seri Paduka beserta lebih 3,000 jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Keharmonian Antara Agama’ yang disampaikan Timbalan Pengarah Operasi Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Kol. Mohamad Saodi Kasim.
Solat Jumaat diimamkan oleh Kol.Mohamad Saodi. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment