Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) akur dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kadar tol di semua lebuhraya tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini.

PSKLM dalam satu kenyataan media memberitahu, persatuan itu faham keputusan yang dibuat oleh kerajaan tersebut dalam usaha menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat.

“PSKLM akur dengan pengumuman tersebut. Kami faham keputusan kerajaan itu juga dapat mengelakkan kemungkinan adanya pihak-pihak yang mengambil kesempatan di atas isu tersebut untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan,” kata kenyataan itu hari ini.

PSKLM dalam pada itu berkata, syarikat konsesi lebuhraya bagaimanapun menghargai keprihatinan kerajaan terhadap obligasi kewangan syarikat-syarikat konsesi terhadap para peminjam menerusi bayaran pampasan.

Jelas kenyataan itu, obligasi kerajaan itu dapat memastikan syarikat-syarikat konsesi dapat memenuhi obligasi kewangan mereka dan terus memberikan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. 

0 comments:

Post a Comment