Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

IPOH – Seorang lelaki cedera di kedua-dua tapak tangan selepas ditembak di hadapan rumahnya di Medan Klebang Restu di sini hari ini.

Lelaki berumur 36 tahun itu kemungkinan menjalani pembedahan dan kini dirawat di Hospital Pakar KPJ.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata ketika kejadian kira-kira pukul 6 pagi mangsa yang berada di hadapan rumahnya didatangi tiga lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal.

“Seorang daripada suspek bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mempunyai lima rekod jenayah bersangkut dengan kes dadah dan gaduh sehingga mendatangkan kecederaan.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment