Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

AHLI Dewan Negara Datuk Seri S Nallakaruppan (Gambar) hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman dan gangguan didalangi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nallakaruppan yang juga Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kepong, sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang juga bakal ditandingi Anwar.

“Pada 6 Febuari sekitar jam 11.30 pagi dua orang lelaki tidak dikenali telah berkeliaran di pintu masuk rumah saya. Mereka bertanya sama ada saya mahu bertanding di PRK Kajang. Saya kemudian bertanya apa yang mereka mahu namun mereka terus beredar.

“Semalam tiga orang datang dan masuk ke rumah (jiran) sebelah mahu cari saya. Anwar mahu berani lawan saya, jangan buat kerja (kotor) macam ini. Saya bukan baru kenal dia, dulu dia juga buat kerja ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sentul hari ini.

Jelas Nallakaruppan, individu terbabit dipercayai orang suruhan sesetengah pihak yang berasa takut dengan pendedahan perihal dan salahlaku melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang terutamanya menjelang tempoh berkempen PRK Kajang.

“Bukan sahaja telefon dan pesanan ringkas (SMS) mereka juga sudah datang ke rumah saya. Mereka kata, saya punya rahsia ada pada mereka. Sebenarnya mereka takut saya dedah pasal Anwar, mereka tidak membenarkan saya untuk bertanding. Pada 2008 dan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) dia selalu kacau saya. Saya tahu ini orang mereka,” tegas beliau.

Pada 4 Febuari lalu, Nallakaruppan yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) telah mengadakan satu sidang media di pejabat MIUP di Segambut untuk mengumumkan kesediaanya bertanding dalam PRK Kajang untuk melawan Anwar Ibrahim yang diletakkan sebagai calon PKR. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment