Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy akan meletakkan jawatan dalam semua jawatan dalam kabinet termasuk sebagai Ahli Dewan Negara pada Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan oleh Pertubuhan Hindraf hari ini.

Setiuasaha Hindraf P Ramesh dalam kenyataan itu berkata, Waythamoorthy membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak memenuhi apa sahaja janji yang dibuat kepada kaum India biarpun telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lepas.

“Kami (Hindraf) telah menandatangani satu perjanjian demi untuk membantu golongan kaum India yang miskin, dengan keyakinan BN dan kepimpinannya akan memenuhi janji itu.

“Kami kini sudah berputus asa untuk melihat janji itu dipenuhi, selepas lapan bulan mencuba, akhirnya Jawatankuasa Pusat Hindraf dengan sebulat suara membuat keputusan agar Wathamoorthy meletakkan semua jawatannya dalam kabinet termasuk sebagai Senator,” katanya.

Ramesh berkata kekesalan utama Hindraf ialah kegagalan untuk membawa perubahan kepada bangsa India di Malaysia yang miskin seperti yang dijanjikan.

Menurut kenyataan itu, Hindraf akan membuka lembaran baru perjuangan sehingga berjaya mencapai matlamat utama untuk membawa perubahan kepada hidup golongan India yang miskin.

“Kira-kira 800,000 orang India yang bekerja di estet dan ladang disisihkan sejak tahun 1980-an, ribuan menjadi rakyat tidak bernegara, dan mereka dinafikan peluang pelajaran dan memperbaiki ekonomi,” katanya.

Waythamoorthy dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mei tahun lepas.

Selepas perlantikan itu, Hindraf telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan, tetapi butian perjanjian itu tidak didedahkan tetapi dipercayai ia berkaitan janji kerajaan Malaysia dalam membantu golongan India di Malaysia yang miskin.

MoU berkenaan dimeterai pada 18 April tahun lepas.

Sebelum ini banyak piha dari dalam kabinet Najib sendiri mahu Waythamoorthy meletakkan jawatan kerana kenyataan-kenyataan pedasnya mengkritik tindakan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dalam menangani masalah jenayah.

Antara pihak yang mencabar dan menyokong beliau meletak jawatan ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment