Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang penyelia sebuah syarikat pengangkutan maut ditikam dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng pada Sabtu.

Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan kilang itu pada kira-kira 2.20 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Superintenden Mohd Haris Daudberkata sebelum itu, pengawal keselamatan berkenaan terlihat mangsa berlari dariarah kawasan parkir lori sebelum rebah berhampiran pos pengawal.

“Mangsa ketika itu masih dalam keadaan sedarkan diri dan dibawa ke klinik kilang untuk rawatan awal.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 7 pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pemeriksaan awal menunjukkan terdapat tiga kesan tikaman pada anggota badan mangsa iaitu di mulut, bahagian kanan dada dan bawah pusat sebelahkiri.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

Mohd Haris juga berkata polis tidak menolak kemungkinan Md Saipul Mizan disamun kerana kereta syarikat jenis Ford Ranger bernombor pendaftaran CBP 8985 berwarna biru gelap hilang bersama-sama dompet dan telefon bimbit milik mangsa.

Beliau berkata polis kini giat mengesan suspek terlibat dan tidak menolakkemungkinan mangsa mengenali individu yang menyamun serta menikamnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment