Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular tahun 1980-an Datuk Shake membuat keputusan untuk kembali menetap di Perancis selepas hampir dua tahun tinggal di negara ini.

Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat pelbagai permintaan untuk dia kembali aktif dengan kerjaya muziknya di Perancis.

“Keputusan itu juga dibuat untuk memberi anak-anak saya mengenali negara asal mereka dilahirkan kerana sebelum ini kami menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 22 tahun.

“Lagipun terdapat permintaan untuk saya kembali membuat persembahan dan album di sana. Jadi, ia adalah masa yang sesuai untuk saya berbuat demikian,” katanya kepada mStar Online.

Shake ditemui pada sidang media pelancaran muzik video lagu Umi dan konsert amal yang bakal diadakan di Stadium Petra Jaya, Sarawak pada 10 Mei depan bersempena Hari Ibu.

Dalam pada itu, Shake berkata, dia tergerak hati untuk mengadakan konsert itu selepas mengikuti rombongan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang akhir tahun lalu.

Shake berkata, perasaannya tersentuh apabila melihat golongan tidak bernasib baik tetap mereka masih mampu tersenyum walaupun ditimpa musibah dengan sumber makanan dan kemudahan terhad ketika itu.

“Ia adalah antara pengalaman terbaik yang pernah saya lalui kerana mangsa-mangsa banjir tersebut tidak patah semangat dengan kejadian itu malah bersemangat untuk memulihkan keadaan.

“Kehadiran saya di sana menggembirakan mereka malah mereka meminta saya menyanyikan beberapa buah lagu,” katanya.

Tambah Shake, konsert dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memilih Kuching, Sarawak sebagai lokasi kerana beliau mempunyai pelbagai memori manis dengan masyarakat di negeri itu.

“Selain Sarawak, konsert berkenaan kami rancang untuk diadakan di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain pada masa hadapan.

“Hasil jualan tiket akan diserahkan kepada kementerian untuk disalurkan ke badan-badan memerlukan,” katanya.

Kata Shake lagi, atas dasar konsert bersempena Hari Ibu itu juga dia merakamkan semula lagu Umi dalam versi baharu khas buat peminatnya.

Sementara itu, Shake berkata, persembahan itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan menyaksikannya menyampai hampir 30 buah lagu popular selain beberapa kejutan lain.

“Ini adalah antara persembahan terbesar bakal saya adakan dan saya tidak akan menghampakan semua penonton yang hadir nanti,” ujarnya.

Tiket dijual pada harga RM70 hingga RM500. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment