Hai nampaknya Emma Maembong mungkin tak serik-serik lagi menimbulkan masalah kepada orang yang berurusan dengannya.
Jika sebelum ini, namanya tercalit kontroversi berikutan Emma membatalkan kontrak selepas beberapa bulan berbincang dengan seorang pengusaha produk kesihatan dan kecantikan.
Disebabkan tindakan tidak profesionalnya itu, pengusaha itu dilaporkan telah mengalami kerugian dalam berpuluh ribu ringgit jugalah!
Terbaru, Emma dikatakan buat hal dengan sebuah syarikat produksi di mana dia memegang watak utama dalam rangkaian drama bersiri yang kini sedangn hangat ditayangkan di kaca televisyen.
Menurut laporan Bi-Pop, pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) minggu lalu, Emma sepatutnya terikat dengan babak penggambarannya tetapi disebabkan dia mengatakan terlibat dalam persembahan di AJL, pihak produksi terpaksa juga melepaskannya untuk menghadiri majlis itu.
Tapi tup tup orang produksi tu dapat tahu dia sebenarnya tidak terlibat langsung dengan persembahan para artis pada malam itu, sebaliknya hanya hadir sebagai rakan artis untuk memeriahkan acara.
Kelibat Emma juga sempat dishot kamera AJL di mana dia hadir bersama teman tapi mesranya, Zizan Razak.
Hai dik, kalau nak nama bertahan lama dalam industri, pandai-pandailah jaga displin agar semua pihak senang berurusan jika berurusan dengan awak
0 comments:
Post a Comment