Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment

SLIM RIVER – Kementerian Kewangan telah mengarahkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk menyiapkan 26,122 unit rumah yang disasarkan siap secara berperingkat pada tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,000 unit Rumah Mesra Rakyat Satu Malaysia (RMR1M) akan dibina pada tahun ini dengan subsidi RM20,000 setiap unit.

“Daripada 26,122 itu, Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 15,122 unit, Rumah Idaman Rakyat (RIM) 3,000 unit dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 8,000 unit.

“Yang ini yang paling popular, RMR dengan subsidi RM20,000 setiap rumah,” jelas Ahmad Maslan ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah RMR1M di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut menyasarkan untuk membina lebih banyak Rumah Mesra Rakyat Berkelompok dari semasa ke semasa di mana sebelum ini ia hanya di bina di atas tanah milik keluarga.

Tambah Ahmad Maslan, kos keseluruhan pembinaan mencecah RM1.858 billion dengan jumlah subsidi kerajaan bernilai RM571.9 juta.

Dalam pada itu, rata-rata penerima RMR1M melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

“Saya amat bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada nombor satunya pihak SPNB sebab dengan adanya SPNB ini barulah rumah RPT ini terlaksana,” ujar penerima RMR1M, Esah Ahmad.  

0 comments:

Post a Comment