Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment

Sebelum ini banyak juga selebriti kita yang menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja, malah ada di antara hubungan tersebut membawa bahagia sehingga ke jinjang pelamin. tersebut juga membawa ke jinjang pelamin.

Jadi, tak salah sekiranya penyanyi berketurunan Arab, Lufya Omar, 29, berkawan rapat dengan putera raja berusia awal 20-an yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Namun, Lufya pantas menafikan mereka menjalinkan hubungan istimewa sebaliknya mereka rapat kerana berkongsi minat yang sama dalam bidang nyanyian.

“Putera raja itu kawan baik. Sudah lama kami berkawan sejak beberapa tahun lalu. Kami rapat sebab sama-sama minat menyanyi.

“Budi bahasanya pun bagus, sangat berjiwa rakyat. Dia menghormati orang dan saya pun hormat sangat dengan dia. Hubungan kami hanya sebagai sahabat baik saja,” jelas Lufya dalam Bipop, hari ini.

Kalau ada apa-apa pun di antara mereka, rasanya tak salah, kerana kedua-duanya pun masih solo.

Kalau adalah jodoh di antara mereka, merasalah Lufya duduk dalam istana bak puteri raja

0 comments:

Post a Comment