Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, February 19, 2014

No Comment

LONDON – Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.

Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.

Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.

Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.

Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.”

Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan.

0 comments:

Post a Comment