Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment
Ribuan penduduk Turki berhimpun di Berlin ketika kempen pertama pilihan raya di luar negara.

BERLIN - JERMAN. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan yang dibelenggu skandal rasuah sejak tahun lalu memulakan kempen pilihan raya di  Jerman.

Erdogan berkata, beliau tidak akan tunduk dengan semua tuduhan dilemparkan terhadapnya termasuk krisis kepimpinan dan pentadbiran dengan anggota keselamatan.

“Saya berdiri teguh dan tidak akan tunduk dengan mereka.  Kabinet di Turki hanya tunduk kepada ALLAH SWT, “ katanya.

Menurutnya, beliau percaya krisis politik yang sedang melanda negara itu didalangi sekumpulan individu yang ingin melihat kejatuhan empayar Islam.

“Generasi muda harus berpegang teguh kepada Islam dan wujudkan warga Turki yang paling berpengaruh di Eropah.Saya mahu anda bangga kerana mengibarkan bendera Turki di Jerman,” katanya.

Kempen besar-besaran pilihan raya itu pertama kali dibuat di luar Turki selepas negara itu membenarkan mengundi di luar negara.

Jerman dipilih sebagai venue kempen pertama, memandangkan negara itu dihuni paling ramai penduduk Turki iaitu kira-kira tiga juta orang terutama di Kreuzberg yang lebih dikenali sebagai Little Istanbul, laporan dipetik dari Al Arabiya.

0 comments:

Post a Comment