Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menjalin kerjasama dengan Visa bagi membolehkan pemegang kad Visa payWave menikmati diskaun 20 peratus bagi perjalanan sehala dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, berkata tawaran diskaun itu membolehkan penumpang hanya membayar RM28 berbanding harga biasa RM35 bagi perjalanan sehala menggunakan KLIA Ekspres.

“Penumpang yang menggunakan KLIA Ekspres hanya perlu menyentuh kad Visa payWave mereka di pintu masuk untuk menikmati tawaran bagi tempoh terhad ini.

“Perkongsian kami dengan Visa menghasilkan tawaran perjalanan yang menarik dan pelanggan kami mendapat manfaat daripadanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Visa payWave, teknologi pembayaran tanpa sentuh Visa, membolehkan pemegang kad itu membuat bayaran dengan lebih cepat, selesa dan selamat.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan kaedah pembayaran tambang yang cepat, selesa dan selamat bagi pembayaran tambang kereta api.

ERL merupakan pengusaha pengangkutan awam yang pertama di Asia Tenggara memperkenalkan penggunaan Visa payWave pada 2010. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment