Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, January 3, 2014

No Comment

IPOH – Mahkamah Khas Rasuah di sini, menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 terhadap seorang pensyarah Matematik, selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan rasuah kerana menerima wang sogokan untuk menaikkan markah dua pelajarnya tiga tahun lalu.

Wong Chee Wai, 42, pensyarah Institut Teknologi Perak di sini, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Madihah Harullah.

Jika gagal membayar denda, tertuduh akan dikenakan hukuman penjara 18 bulan.

Tertuduh didapati bersalah menerima wang sogokan sebanyak RM690 keseluruhannya untuk menaikkan markah subjek Matematik dan Statistik dua pelajarnya pada 2011 dan 2012.

Wong yang dikenakan hukuman mengikut Seksyen 171A Kanun Acara Jenayah diwakili peguambela M Kathan, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A Hafizh Abu Bakar. - myMetro Online

0 comments:

Post a Comment