Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, February 2, 2014

No Comment

JOHOR BAHRU – Helikopter Agusta A-109 LUH milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang rosak teruk ketika membuat pendaratan cemas di Empangan Bekok pada malam Khamis lepas akan cuba dibawa keluar hari ini, menurut sumber ketenteraan hari ini.

Katanya, usaha membawa keluar helikopter peninjau buatan konglomerat pertahanan Eropah itu dipercayai bermula sejak semalam melibatkan beberapa aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kuantan, Pahang dan Gemas, Negeri Sembilan.

“Helikopter yang rosak teruk itu akan cuba dibawa keluar daripada lokasi pendaratan cemasnya hari ini, sebelum dibawa ke pangkalan PUTD di Kem Mahkota, Kluang,” kata sumber itu kepada Bernama, hari ini.

Katanya, usaha membawa keluar itu helikopter itu akan dibantu kenderaan perisai “Armoured Recovery Vehicle” (ARV) sama ada jenis “Adnan” atau “Pendekar” dan kenderaan “load oader” dari kem tentera di Gemas dan Kuantan.

Menurut sumber itu lagi, kenderaan perisai ARV milik tentera itu terpaksa digunakan untuk operasi membawa keluar helikopter terbabit berikutan keadaan bentuk muka bumi lokasi kejadian yang mencabar.

Pada malam Khamis lepas, helikopter Agusta A-109 PUTD yang sedang dalam penerbangan latihan malam terpaksa membuat pendaratan cemas di sebuah lokasi berhutan berhampiran Empangan Bekok.

Juruterbang dan tiga penumpang helikopter terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Kesan daripada impak pendaratan cemas itu, helikopter terbabit mengalami kerosakan teruk dengan bahagian ekor serta bilah kipasnya terputus dua, manakala komponen tayar untuk pendaratan juga mengalami kerosakan.

Bernama difahamkan seorang daripada penumpang helikopter itu merupakan pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel, manakala tiga lain adalah pegawai tentera tempatan iaitu dua Mejar dan seorang Kapten.

PUTD, yang merupakan cabang Tentera Darat memiliki 11 buah helikopter peninjau ringan Agusta A-109 LUH yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment