Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment
Israel kini menghadapi kempen boikot meluas Kesatuan Eropah dan AS.

TEL AVIV - Israel tidak mengendahkan ancaman Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan boikot sekiranya rundingan antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin gagal.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengecam tindakan Setiausaha Negara AS, John Kerry dan menggelarnya sebagai tindakan tidak bermoral.

“Tindakan itu tidak adil kerana sepanjang rundingan itu kami tidak memberi tekanan terhadap AS mahupun menghalau Setiausaha itu keluar dari negara ini,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, AS cuba memperdaya dan mengugut Israel berlandaskan resolusi yang bakal dicapai menerusi rundingan itu nanti.

Terdahulu, Kerry  memberi amaran meningkatkan kempen boikot terhadap Israel ketika berucap di Persidangan Keselamatan ke-50 di Munich, Jerman.

Difahamkan, Israel kini menghadapi kempen boikot meluas oleh Kesatuan Eropah apabila menyekat semua geran dan pembiayaan kepada mana-mana entiti Israel.

Persatuan Pengajian AS turut memboikot institusi pengajian Israel kerana negara itu melakukan diskriminasi terhadap ahli akademik dari Palestin.

0 comments:

Post a Comment