Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment
Kilang Lynas di Malaysia mengeluarkan unsur kimia lantanum yang digunakan untuk pengeluaran bateri kenderaan hibrid dan elektrik. Foto: Bernama

KEHADIRAN kilang penapisan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Malaysia petanda baik bagi kerajaan dalam usahanya menjadikan negara ini sebagai hab pembuatan serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Ketua Pegawai Eksekutif Lynas Corporation Ltd Eric Noyrez berkata, lantanum, iaitu unsur kimia digunakan untuk pengeluaran bateri kenderaan hibrid dan elektrik, merupakan unsur kedua terbesar dihasilkan di LAMP, selepas serium.

“Ia merupakan peluang sangat besar untuk Malaysia. Memandangkan rantaian bekalan sudah ada di Malaysia, ia akan menjadikan negara ini tempat lebih menarik untuk menjalankan perniagaan hiliran,” katanya.

Beliau berkata, berikutan semakin banyak kerajaan, termasuk Malaysia, mahukan sistem yang menjimatkan kos dalam pembuatan kereta, ia akan meningkatkan keperluan untuk unsur nadir bumi.

Kerajaan menerusi Dasar Automotif Nasional 2014 (DAN 2014) yang baru diumumkan, bulan lalu, memperuntukkan pelaburan baharu untuk automotif menerusi program EEV bertujuan meningkatkan industri automotif Malaysia kepada hab EEV untuk Asia Tenggara.

Noyrez berkata, kewujudan LAMP di Malaysia telah menarik beberapa pelanggan untuk menimbang menjadikan Malaysia dan Asia Tenggara sebagai lokasi pengembangan mereka.

Beliau berkata, hakikat bahawa Lynas beroperasi di Malaysia, turut memberi  manfaat kepada negara-negara Asia Tenggara yang lain dan menggerakkan mereka untuk berfikir secara strategik dalam menarik pelaburan dan aktiviti hiliran.

Sementara itu, mengikut unjuran untuk industri nadir bumi, beliau berkata permintaan untuk nadir bumi berkembang pesat sejak 15 tahun lalu walaupun pertumbuhan sifar dalam operasi perlombongan dan tiada penemuan baharu bijih nadir bumi sejak 20 tahun lalu.

Noyrez berkata, walaupun China merupakan pengeluar terbesar bahan nadir bumi, negara ini juga merupakan pengguna tunggal terbesar bahan itu bagi menyokong  pertumbuhan industrinya.

“Apakah maknanya untuk kami? Ini bermakna ada ruang di pasaran untuk kita menyokong pertumbuhan permintaan,” katanya.

Beliau berkata, sebaik kilang itu beroperasi pada kapasiti penuh bersamaan 22,000 tan nadir bumi oksida, ia akan menyumbang hampir 20 peratus permintaan nadir bumi global.

Pada masa ini, kemudahan LAMP di Gebeng, Kuantan menghasilkan lebih 700 tan bersamaan nadir bumi oksida, untuk 54 syarikat di seluruh dunia dengan pelanggan utama di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. - Bernama

0 comments:

Post a Comment