Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, February 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.

(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.

“Cuba bayangkan ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar Selangor (menggantikan Abdul Khalid).

“Ia seakan tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara itu dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment