Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

JEPUN kini sedang dilanda fenomena salji tebal apabila ia melanda Tokyo dan beberapa kawasan  hari ini sehingga menyebabkan kira-kira 300 buah penerbangan dibatalkan serta perkhidmatan keretapi digantung kerana cuaca buruk.

Menurut laporan media Jepun, sekurang-kurangnya 43 orang cedera akibat kemalangan yang berlaku akibat ribut itu.

Di Tokyo, salji meliputi bandar itu sehingga setebal 4 sentimeter pada pagi tadi.

Para pekerja di beberapa buah kedai dilihat mula membersihkan timbunan salji di hadapan premis mereka.

Di televisyen, ia turut menayangkan visual ratusan penumpang berbaris panjang di Lapangan Terbang Haneda untuk mengubah masa penerbangan dan meminta pulangan wang ekoran penerbangan yang dibatalkan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, jatuhan salji lebih buruk dijangkakan lewat hari ini di Tokyo dan ia dijangka mencecah setebal 20 sentimeter.

Agensi itu telah mengeluarkan amaran salji lebat bakal turun di Tokyo, amaran pertama semenjak 13 tahun lepas meminta orang ramai tidak keluar dari rumah kecuali benar-benar perlu.

Syarikat penerbangan Japan Airlines membatalkan kira-kira 265 penerbangan akibat salji yang terlalu lebat.

Nippon Airways pula telah membatalkan 33 buah penerbangan dan lebih banyak lagi bakal dibatalkan menjelang lewat hari ini.

Beberapa buah lapangan terbang di bandar Hiroshima dan Kagawa ditutup untuk memberi laluan kepada pekerja untuk membersihkan timbunan salji di atas landasan terbang.

Bukan sahaja lapangan terbang, pengendali perkhidmatan keretapi Shinkansen turut digantung sementara. – IBNU K

0 comments:

Post a Comment