Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kerajaan memberi jaminan bahawa kadar tol di seluruh negara tidak akan dinaikkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau mendakwa, jaminan itu perlu untuk membuktikan pengumuman kadar tol tidak dinaikkan pada tahun ini bukan disebabkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“DAP mencabar kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan kadar tol sehingga PRU14 untuk membuktikan keputusan baru-baru ini tiada kaitan dengan PRK DUN Kajang. ‘

Media semalam melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pembangkang kerana mengaitkan usaha kerajaan mengurangkan kos hidup rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol dengan PRK DUN Kajang.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai menegaskan, sekiranya PRK itu tidak diadakan sekalipun, kerajaan tetap akan melakukan langkah tersebut memandangkan rakyat kini sedang berhadapan dengan masalah.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak terpedaya terutama dengan kenyataan yang berbentuk tipu helah seperti itu

SiakapKeli.com kelmarin melaporkan Guan Eng dalam satu portal berita menyatakan bahawa tindakan kerajaan membekukan kenaikan tol bagi 2014 merupakan satu taktik oportunis dan sebagai usaha untuk memenangi hati pengundi pada PRK Kajang, 23 Mac ini.

0 comments:

Post a Comment