Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) meminta pihak polis mengambil tindakan ke atas Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia kerana menawarkan ganjaran RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamkannya.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa, tiada pihak yang boleh melebihi undang-undang dan pihak berkuasa tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam kejadian tersebut kerana ia merupakan satu kesalahan serta jenayah yang serius.

“Perbuatan ini untuk menyemarakkan tekanan dan kebencian perkauman ke atas kaum Cina. Cendiakawan Islam luar negara turut mengutuk perbuatan ini kerana dianggap tidak Islamik.

“Ramai rakan muslim saya memberitahu perbuatan tersebut tidak diajar dalam al-Quran kerana al-Quran mengajar keamanan, harmoni, menyayangi, prihatin dan hormat ke atas agama lain,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan turut mempersoalkan tindakan Pemuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) kerana meminta kerajaan `membuang’ kaum Cina dan India yang tidak mahir berbahasa Melayu daripada negara ini.

Media pembangkang sebelum ini memperbesar-besarkan tindakan Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan merakamkannya.

Tawaran itu dibuat aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustafa Hamzah yang menjadi pengacara majlis demo ringkas perikatan NGO itu berhampiran Jalan Tun Perak, tengahari tadi.

Tawaran luar biasa itu dipercayai dibuat sebagai reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk ‘Onederful Malaysia CNY 2014′.

0 comments:

Post a Comment