Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan golongan pendidik agar lebih peka dengan realiti pelajar masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik.

Sambil mengakui tugas “memanusiakan manusia” bukan mudah, titah baginda guru juga harus memiliki jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada pelajar.

Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik perhatian dan menjadi tempat rujuk pelajar, titah baginda ketika merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) 2014 peringkat negeri di sini hari ini.

Titah baginda antara sifat yang harus dimiliki oleh guru ialah menepati masa, bersikap adil, terbuka, sentiasa positif, beramanah dan tegas.

“Nilai-nilai ini hendaklah dijadikan pedoman, ikutan, diserapkan sebagai proses ilmu, kurikulum, sukatan atau diolah dalam metodologi yang lebih kreatif untuk mengukuhkan lagi jati diri seseorang,” titah baginda.

Selain itu, titah Tuanku Syed Faizuddin guru juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan rasional serta pakar rujuk dalam bidang masing-masing.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustafa dan barisan Exco Perlis.

Program itu dihadiri oleh 465 guru Kafa dari seluruh Perlis. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment