Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh dilantik sebagai Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berikutan kematian ketuanya, Datuk Harun Taib pada 25 Januari lalu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi pula dilantik sebagai AJK selaras dengan peruntukan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011).

“Dewan Ulama PAS Pusat merekodkan penghargaan di atas jasa-jasa Allahyarham dalam mengemudi kepimpinan dari tahun 1995 hingga 2007 dan 2009 hingga 2014,” katanya melalui satu kenyataan seperti disiarkan oleh sebuah portal pembangkang hari ini.

Allahyarham Harun meninggal dunia kira-kira pukul 12.17 pada 25 Januari lalu dan media melaporkan lebih 5,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir kepadanya pada upacara pengkebumian.

Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; barisan kepemimpinan Pas negeri dan kawasan, hadir meluangkan masa menziarahi arwah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir itu disolatkan di Markas Tarbiyyah Pas Kubang Lembek, Manir tepat pukul 10 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Lerang yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ untuk disemadikan.

Pemimpin PAS itu meninggal dunia akibat penyakit ‘sepsis secondary to peripheral vascular’ sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman badan berfungsi. 

0 comments:

Post a Comment