Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, February 8, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh berhubung satu kaji selidik seks yang dijalankan di sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung dakwaan dua Adun mengenai tinjauan tersebut.

“Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.

“Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia,” katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya, semalam.

Kelmarin, dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks di kalangan murid yang didakwa berlaku di sebuah sekolah rendah di Nilai.

Adun Nilai, J Arulkumar dan Adun Senawang, P Gunasekaran berkata mereka dimaklumkan perkara itu oleh seorang ibu bapa pelajar berusia 10 tahun minggu lepas.

Sinar Harian hari ini memetik Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan yang memaklumkan kaji selidik yang dibuat merupakan sebahagian daripada program Saringan Kesihatan Remaja, yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PKK) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Dr Zailan, soalan yang dibuat itu disediakan sendiri oleh pakar dalam bidang masing-masing, bagi mencegah masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di negara ini.

Katanya, hasil daripada soal selidik itu, pihaknya akan mengambil tindakan bagi membantu pelajar bermasalah, mengikut keperluan masing-masing, sama ada berjumpa dengan Pakar Kaunseling, mahupun dirujuk kepada Pakar O&G atau Pakar Sakit Puan. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment