Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kandungan teks khutbah Jumaat di negara ini sentiasa dipantau rapi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ia bukan disediakan sesuka hati oleh mana-mana masjid, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“…ada badan yang pantau bukan sendiri suka-suka buat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Pembedahan Katarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)- Hospital Selayang di sini hari ini.

Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas laporan laman portal Roketkini.com yang memetik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kesal terhadap beberapa khutbah Jumaat baru-baru ini yang didakwanya sengaja meniupkan sentimen persengketaan agama.

Menurut Jamil Khir, mana-mana pihak seharusnya meneliti sepenuhnya setiap teks khutbah Jumaat dan bukannya mengambil pendekatan membuat kesimpulan sendiri kerana ia boleh mencetuskan salah faham.

“Jangan sesuka hati tafsir kandungan khutbah. Islam ini agama perdamaian dan sentiasa mahu umatnya berbaik kepada semua manusia,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment