Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, February 4, 2014

No Comment

KUANTAN – Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara institusi-institusi latihan kemahiran milik Yayasan Negeri dimeterai sebagai usaha membangun dan meningkatkan mutu program latihan kemahiran.

Gabungan berkenaan melibatkan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Kolej Yayasan Sabah, Kumpulan Pendidikan Yayasan pendidikan Johor, Kolej Antarabangsa IKIP dan Kumpulan Akademik Yayasan Negeri Sembilan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penuntut Institusi latihan kemahiran tidak wajar lagi dianggap sebagai kelas kedua kerana ia amat diperlukan dalam bidang industri di negara ini.

Menurutnya, usaha sama di antara institusi latihan kemahiran milik Yayasan negeri yang dimeterai berkenaan adalah salah satu langkah baik untuk terus mara ke hadapan.

”Kita patut bagi perhatian kepada bidang latihan teknikal, kemahiran atau vokasional kerana rata-rata lepasan pelajarnya mendapat tempat dalam industri dan beroleh kerja.

“Sedangkan peratus menunjukkan 20 hingga 40 peratus graduan masih meganggur kerana bidang yang diambil tidak memenuhi keperluan industri.

“Di luar negara kepentingan latihan kemahiran sudah lama berkembang tetapi negara kita masih baru dalam aspek penekanannya,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan majlis bekenaan di Yayasan Pahang, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, usaha sama di antara lima institusi berkenaan mampu mempromosikan institusi latihan kemahiran milik yayasan negeri dalam semua aspek.

Menurut beliau kerjasama ini akan membantu membangun serta meningkatkan mutu dan kualiti program-program dari segi perkongsian ilmu, tenaga kepakaran dan teknologi serta kemudahan lain.

“Secara tidak langsung mengendalikan latihan teknikal untuk kakitangan institusi, memberi khidmat bantuan dalam meningkatkan daya saing bagi setiap institusi dan membantu pembangunan dan latihan kemahiran.

“Selain mempromosi institusi-institusi latihan, ia juga meningkatkan penglibatan para pelajar dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh institusi latihan milik yayasan negeri.”katanya lagi.

SUMBER : Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama  : Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel   : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax   : (606) 2861062
Email : harmiyati@kym.edu.my – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment