Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kebakaran kecil, dipercayai akibat litar pintas berlaku di bilik pengurusan sistem penghawa dingin sepusat (AHU) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian Hospital Kuala Lumpur di sini, Khamis.

Pengarah Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu kebakaran berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api.

“Pihak kami menerima panggilan pada 12.43 tengah hari dan enam jentera bersama 36 anggota tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran akan disiasat, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment