Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Marah (Geramm) tidak berpuas hati dengan tindakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggantung penyiaran sitkom komedi Kopitiam 88.

Geramm dalam satu kenyataan media mendakwa, tindakan penggantungan tersebut kerana salah seorang pelakon sitkom berkenaan terlibat dalam video parodi Tahun Baru Cina Teresa Kok dibuat secara melulu dan terburu-buru.

“Alasan penggantungan bagi menunggu siasatan membabitkan pelakon dalam klip video yang didakwa mencemarkan negara itu dibuat secara melulu dan terburu-buru.

“Bahkan, tindakan tersebut dilihat sebagai hukuman awal walaupun siasatan terhadap video kontroversi itu masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Dengan kata lain, Kopitiam 88 telah dihukum sebelum diadili dan diputuskan bersalah,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Geramm dalam pada itu meminta semua media supaya berlaku adil dalam membuat laporan mengenai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Mac ini.

Menurut kenyataan itu, pihak media perlu memberi akses kepada semua calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Kata kenyatan itu, media yang adil dan berimbang akan mendapat keyakinan awam, dijadikan rujukan pelbagai pihak dan sekali gus meningkatkan kewibawaan wartawan secara keseluruhannya.

“Jika ada gangguan pada wartawan untuk tujuan itu, kami menyeru semua pihak agar berani mempertahankan prinsip kebebasan media. Laporkan gangguan kepada Geramm jika ada,” kata kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment