Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar mana-mana pihak supaya membuktikan bahawa video parodi Tahun Baru Cina yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok anti-Melayu dan anti-Islam.

Beliau mendakwa, jika dakwaan itu dapat dibuktikan maka beliau sendiri akan meminta Teresa supaya membuat permohonan maaf kepada orang ramai dan menarik balik video tersebut.

“Saya telah menyaksikan video parodi Teresa beberapa kali disebabkan dakwaan video itu anti-Malay dan anti-Islam.

“Meskipun saya telah meneliti video itu dengan penuh perhatian, saya tidak menjumpai mana-mana bahagian dalam video itu boleh dianggap anti-Malayu dan anti-Islam,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Teresa menerima kecaman pelbagai pihak kerana menghasilkan klip video selama 11 minit 39 saat yang turut memuatkan sindiran dan fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah serta mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.

Tindakan beliau itu turut menimbulkan kemarahan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam yang menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Teresa dan merakamnya.

0 comments:

Post a Comment