Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pengiktirafan yang diberikan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, UNODC membuat pengiktirafan itu melalui hasil penilaian pematuhan Malaysia ke atas konvensyen PBB mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

“Laporan penilaian ini dikeluarkan di Kuala Lumpur secara rasmi semalam. Ulasan berkenaan kewujudan PPO merupakan salah satu daripada 23 perkara yang mendapat pengiktirafan UNODC.

“Bagi PPO, perkembangan ini menunjukkan kewujudan badan-badan bebas ini khususnya PPO sangat diterima baik dan dilihat sebagai tindakan pelaksanaan positif oleh badan dunia seperti agensi di bawah PBB dan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hadenan berkata, kewujudan PPO selaras dengan kehendak dan harapan rakyat Malaysia yang mahukan SPRM bergerak dengan bebas, telus dan profesionalisme.

Justeru, PPO yakin pengiktirafan daripada UNODC itu akan memberi suntikan semangat untuk badan tersebut terus bertindak sebagai mekanisme ‘check and balance’ dalam mempertahankan kebebasan SPRM menjalankan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, sejak tahun 2009 hingga 2013, sebanyak 39 kertas siasatan yang diputuskan untuk ditutup kerana tiada cukup keterangan oleh Timbalan Pendakwa Raya telah diminta untuk disemak semula oleh PPO.

Menurut beliau, daripada 39 kertas siasatan itu, sebanyak lapan telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.

0 comments:

Post a Comment