Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 10, 2014

No Comment

Arab Saudi – Seorang lelaki tidak menyangka selepas 20 tahun, dia akhirnya mendapat semula kertas kecil yang digunakan untuk meniru dalam peperiksaan di sekolah.

Kertas tersebut yang mengandungi jawapan peperiksaan, berada dalam telinganya.

Dia hanya menyedari keadaan itu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian telinganya minggu lalu.

Selain itu, dia juga berasa sakit di bahagian leher dan telinga dan menyangka keadaan itu berlaku akibat kekotoran dalam telinganya.

“Lelaki ini menamatkan pengajian di universiti dan berkahwin serta memperolehi anak, namuan dia terlupa dengan cebisan kertas yang disembunyikan dalam telinganya ketika dia menduduki peperiksaan.

“Apabila usianya meningkat, barulah dia mengalami kesakitan dan doktor yang memeriksanya menemui kertas itu,’’ demikian lapor akhbar Al Jazirah.

Kertas jawapan itu membantu lelaki terbabit lulus di sekolahnya sebelum memasuki universiti.

Bagaimanapun lelaki itu tidak berasa bangga dengan tindakannya itu sebaliknya menasihatkan anaknya serta golongan muda supaya tidak melakukan perbuatan sama dengan meniru dalam peperiksaan.

0 comments:

Post a Comment